Samsung OMNIA HD merupakan sebuah telefon bimbit Samsung pertama Symbian dengan skin sentuh sepenuhnya. Ia juga merupakan handphone pertama didunia yang menyokong rakaman video dan decoding 720P HD. Samsung OMNIA HD didatangkan dengan rekabentuk yang kemas ditambah dengan kehadiran skrin yang luas serta kualiti paparan yang jernih dan tajam. Kepada anda yang mengidamkan sebuah telefon dengan berkualiti tinggi dan memiliki skrin penuh,… teruskan membaca prapandang ini
KEY (Kekunci)
Terdapat 3 butang kekunci pada Permukaan depan handphone [Call (panggil), End call (tamat panggilan), & Menu key]. Pad kekunci ini diperbuat daripada plastik dan menggunakan frame (bingkai) silver untuk menambah keunikan kekunci ini
Top Handphone (bahagian atas handphone) & Lensa Kamera
Terdapat loud speaker dan juga standard audio jack 3.5mm. dibahagian belakang ini juga erdapat lensa kamera 8 Mega pixel dan LCD flash
Dokumen Pejabat
Samsung omnia HD ini juga tidak ketinggalan disediakan dengan fungsi dokumen pejabat (Mobile Office). Aplikasi ini didatangkan secara preinstall untuk memudahkan pengguna membuka dokumen seperti World, Excel, & Powerpoint. PDF juga turut dimuatkan dalam keadaan preinstall.
Pad Kekunci (Keypad) Telefon
Melalui Samsung Omnia HD, terdapat 3 jenis pengendalian pad kekunci untuk memudahkan anda menaip mesej, nota, atau apapun kerja bertulis pada telefon bimbit anda. Ciri-ciri tambahan seperti alphanumeric, memudahkan anda menaip mesej samada secara melintang atau menegak. Fungsi seperti pad kekunci QWERTY, dan Handwriting Recognition (penngesahan tulisan tangan) memperkukuhkan kehebatan Samsung Omnia HD.
Alarm
Satu lagi fungsi menarik adalah aplikasi alarm, ia membolehkan anda menjadualkan sebanyak mana alarm sebagai peringatan peribadi anda. Anda boleh menjadualkan bunyi alarm anda mengikut nama, masa, dan secara berulang. Dengan adanya fungsi accelerometer, anda boleh flipkan (terbalikkan) telefon ini untuk menukarkannya kepada mod snooze.
Pemain Muzik
Interface (antaramuka) pemain muzik yang terkini. Didatangkan dengan dua fungsi yang menarik dan mudah digunakan. Fungsi yang dimaksudkan itu adalah Album Art (Seni album) dan Visual Equalizer. Muzik library disusun mengikut artist, album, playlist (Senarai putar), keseluruhan lagu, genre, dan komposer. Perkara yang paling menarik adalah pemain muzik ini menyokong aplikasi visualisasi 3D (3D Visualization)
Kamera
Kehebatan kamera 8 megapixel diperkukuhkan dengan LED flash untuk memudahkan kerja-kerja penggambaran anda. Samsung Omnia HD juga menawarkan fungsi seperti white balance, ISO Explosure, dan variasi pilihan Kesan Khas (Special Effect) pada kameranya. Tidak ketinggalan juga 2 fungsi super duper Face Detection dan Smile Detection.
===================================================
Untuk fungsi yang selanjutnya, saya hanya akan memaparkan gambar-gambar yang mudah untuk difahami. Bagi pembaca yang kurang faham akan paparan dibawah ini,…. Kami menggalakkkan anda bertanya secara terus melalui ruangan komen blog ini.
Teruskan meneliti keistimewaan Samsung Omnia HD.
TouchWiz
Dual Gallery
Smart Search
Web Browser
GPS




















































February 6, 2010 at 10:02 am
great!
April 22, 2010 at 3:49 am
thanks