PAPARAZO (diambil dari perkataan paparazi) adalah ruangan “khabar angin”, “spekulasi”, “rahsia yang terbongkar”, atau “kenyataan masa depan Symbian”. Sebagai pengenalan pertama ruangan PAPARAZO, Kami akan membawa anda pening kepala bersama-sama mengenai masa depan symbian.
===================================================
TEKNOLOGI UNTUK KETENTERAAN, KANAK-KANAK PUN SUKAKANNYA (bahagian 1)
Apa logik topik ini dengan SYMBIAN?
Zaman kanak-kanak saya dahulu penuh dengan fiksyen yang tidak masuk akal. Ada telefon yang boleh dijadikan jam, ada pula yang boleh dijadikan projektor, dan yang paling tidak masuk akal telefon yang boleh dilentur. “Ini semua cobaaaaann” (kata pendekar mustar). Maksudnya semua ini mustahil akan berlaku di alam nyata.
Sejak kebelakangan ini, semua perkara yang dianggap mustahil pada masa lalu semakin menjadi nyata. Ada yang mencipta teknologi canggih untuk kegunaan ketenteraan, ada pula yang cuba mengkomersilkan teknologi yang boleh dianggap mustahil ini sebagai kegunaan umum.
Paparan berikut mungkin akan mengubah pemikiran dan pandangan anda terhadap teknologi telekomunikasi dimasa hadapan. Apa yang penting, Mampukah Symbian mengadaptasikan teknologi sebegini dimasa hadapan?
Saksikan…….
Betulkah ada usaha untuk mencipta skrin atau telefon yang boleh dilentur? adakah gambar diatas sekadar gambar hiasan?
Gambar diatas adalah adalah bukti usaha dan kajian yang sedang dijalankan untuk merealisasikan telefon pintar yang flexibel. Sama ada untuk kegunaan ketenteraan atau umum, ia pasti akan sampai ke tangan kita suatu hari nanti.
====================================================
====================================================
SYMBIAN DIMASA HADAPAN, FIKSYEN ATAU KENYATAAN (bahagian 2)
Kita telah dikejutkan dengan pelbagai kecanggihan melalui teknologi symbian. Sebagai Contoh, bara-baru ini kita telah disajikan dengan kecanggihan DLNA, dan teknologi DLNA telah dipaparkan melalui Filem Vintage Point beberapa tahun lepas. Ada dikalangan kita berfikiran bahawa Nokia sudah ketandusan idea, samada dari segi teknologi mahupun dari segi rupabentuk binaannya. Setiap rupa betuk binaan symbian saling tidak tumpah antara satu dengan yang lain.
Ada juga mengatakan Symbian 5th edition adalah merupakan Symbian One (1). Pasti ada dikalangan anda tertanya-tanya akan teknologi dan rupabentuk Symbian 2. Sedangkan sekarang, Symbian keluaran nokia saling tak tumpah rupa bentuknya antara satu sama lain. Adakah anda terbayang bagaimana rupabentuk dan teknologi Symbian 2? Saya sentiasa menyanjung tinggi akan teknologi yang ada pada symbian. Bagi saya tidak ada perkara yang mustahil pada telefon pintar symbian (kecuali nokia buat gila mengabaikan Smartphone Symbian).
Sekiranya anda bertanya mengapa Nokia?….. sebab nokia adalah merupakan pemegang saham terbesar di dalam Symbian. Saya percaya Nokia tidak buat perkara atau keputusan yang bodoh. Untuk menambahkan keyakinan para pembaca terhadap teknologi symbian, apa kata sekiranya anda tonton dengan apa yang saya paparkan ini.
Saudara pembaca sekelian, percayalah …..ini merupakan salah satu dari teknologi symbian akan datang. Walaupun telefon ini adalah merupakan prototype,…. ianya pasti akan berada dipasaran suatu ketika nanti. jangan banyak fikir… kecanggihan teknologi yang ada dalam filem James Bond, Vintage Point dan cerita bersiri CSI Miami sudah pun ada dimasa kini. TIDAK ADA PERKARA YANG MUSTAHIL PADA SMARTPHONE SYMBIAN!!!!!. SYMBIAN RULES.
Kepada para pembaca sekalian, Korang pernah terfikir tak ….. Apakah Heh…. Nokia sentiasa mengeluarkan pelbagai produk yang canggih, ranggi, dan kadangkala memeningkan kepala. kenapalah nokia tak mencipta model yang kelihatan Mudah, Flexible, dan senang cerita sebuah model yang sangat praktikal untuk digunakan? Mungkin kita tidak akan memperolehi jawaban yang tepat tentang persoalan tersebut. Tetapi apa yang kami tahu, Nokia telah mempersembahkan satu konsep yang dipanggil Morph.
Unit ini telah dipamerkan di MOMA (Muzeum Of Modern Art) berdasarkan rekabentuk nanoteknologi, Best atau tidak … Nokia Morph sememangnya dikeluarkan dalam keadaan Lutsinar. Korang nak kata kami di FATZ22 Symbian Fan Boy?… Sukahatilah…. Sebab apa yang pasti Nokia Morph adalah merupakan symbian Masa depan yang kami nanti-nantikan. Tak percaya …. Perhatikan Logo Symbian pada nokia Morph dibawah.













